RM1.8 juta, Hantu Kak Limah catat kutipan tertinggi hari pembukaan


Baru sahaja membuka tayangan di hari pertama pada Khamis, filem Hantu Kak Limah (HKL) melakar dua rekod yang tersendiri.

Filem arahan Mamat Khalid ini menjadi filem tempatan pertama yang menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650 ribu di hari pembukaan ‘sneak preview’ pada 8 Ogos.

Selain itu, ia juga mencatat kejayaan berganda apabila meraih kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama ditayangkan kepada umum semalam (9 Ogos).

Kutipan tersebut sekali gus merekodkan HKL sebagai filem yang menerima kutipan tertinggi di hari pembukaan.





Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold ini boleh ditonton di 133 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei. Manakala, di Singapura bermula hujung minggu ini.

Filem francais komedi seram yang diarahkan oleh Mamat Khalid ini menampilkan Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.

Post a Comment

Previous Post Next Post