Ezzaty Abdullah Saya tak pegang anak orang sesuka hati


Suka akan bayi ataupun kanak-kanak kecil itu adalah fitrah. Namun sebelum pegang pastikan tangan anda bersih supaya tiada penyebaran virus ataupun kuman.

Begitulah harapan pelakon Ezzaty Abdullah andai ada yang mahu menyentuh anaknya.

"Saya tak pegang anak orang sesuka hati, saya akan pastikan diri saya bersih dulu baru pegang.

"Jadi saya harap orang faham dan akan buat perkara yang sama seperti mana saya lakukan.

"Kalau apa-apa terjadi saya yang tanggung dan merana," ujarnya.


Terdahulu, Ezzaty, 28, pernah menghidap penyakit Breast Abscess (nanah payudara).

Jelasnya, dia menderita selama tiga minggu sebelum menjalani pembedahan gara-gara mengikuti petua-petua yang dicadangkan kepadanya.

"Sekarang ini, apa-apa yang berlaku dekat dia(anak), saya akan cepat-cepat terus pergi ke hospital.

"Sebab saya sudah tak percayakan petua sejak perkara yang pernah berlaku kepada saya.





"Jadi bila anak sakit, saya terus bawa pergi jumpa doktor. Biar saya, bukan anak, nanti saya akan menyesal sampai tak sudah," katanya.

Dalam perkembangan karier, Ezzaty bakal ke Korea Ogos ini untuk sebuah penggambaran drama, Oppa I love You yang bakal bersiaran di RTM.

Ezzaty dan suami, juga seorang pelakon, Azwan Kombos, selamat disatukan pada 16 Julai 2016, kini mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Harum Dalia.

Post a Comment

Previous Post Next Post