Dato Seri Vida Kalau tak nak sudahlah, biar saya pakai


Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida meminta penyanyi Aishah untuk memulangkan hadiah rantai bertatahkan permata yang diberikan kepada penyanyi tersebut ketika merangkul kejuaraan pada Gegar Vaganza musim keempat lalu.

Menurutnya, hadiah tersebut bukan janji dengan pihak Astro.

“Lain kali kalau ada sesiapa taja hadiah, tanya dulu berapa nilai? Kalau tak cukup, minta ganti dengan duit? Macam itu ke?

“Saya bagi, saya minta barang saya, kalau tak nak sudahlah, biar saya pakai,” katanya ringkas.



Pada Sabtu lalu, Aishah telah mendedahkan bahawa hadiah rantai bertatah permata yang didakwa bernilai RM80,000 hadiah dari Vida itu sebenarnya tidak mempunyai nilai.

Malah penyanyi tersebut turut memuat naik video yang memeriksa ketulenan permata tersebut dan difahamkan permata tersebut bukan asli.

Post a Comment

Previous Post Next Post