Chef Wan Saya boleh lapor polis, saman dia nanti


Chef Wan dalam satu majlis pakaian beragam yang dihadirinya

Chef Selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan nama Chef Wan memberitahu bahawa terdapat cubaan untuk mengaibkan dirinya.

Ulas Chef Wan menerusi Instagram miliknya, beberapa hari ini dia menerima banyak direct message (DM) yang mengatakan terhadap seseorang yang cuba mengaibkan dirinya dengan menyebarkan gambar fancy dress party yang dihadirinya 13 tahun lalu.

“Dah tema party to ‘Fabulous Drag’, lebih 300 tetamu yang datang disyorkan dress up. Yang lelaki berpakaian sebagai perempuan dan yang perempuan sebagai lelaki. Jadi ramai suami isteri atau pasangan yang hadir mengambil cabaran tersebut.

“Saya datang dengan anak saya di sebelah tetapi telah di potong gambarnya. Saya menang top 3 lagi,” tulis Chef Wan panjang lebar.

Chef Wan kesal kerana baginya orang tersebut tak ada kerja lain selain nak korek cerita-cerita basi untuk aibkan dirinya dan menyebarkan fitnah.



“Saya boleh buat laporan polis dan saman dia nanti. Dia lupa ketua polis negara tu semua boleh cari di lubang cacing mana pun si Puaka ini jika nak cari pasal dengan saya.

“Kau nak sebar fitnah dan macam-macam apa yg kau dapat? Jangan esok merengkok dalam penjara kesal kerana jadi batu api menghasut org lain! I am capable to do that as u try to embarrased me in public!,” tegas Chef Wan.

Tambah Chef Wan, negara ini mempunyai undang-undang dan dia juga mempunyai bukti-bukti.

Post a Comment

Previous Post Next Post