Daiyan Trisha nikah Ahad ini


Daiyan Trisha kongsi gambar-gambar istimewa dalam akaun instagramnya.

Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha semalam mengejutkan para peminatnya apabila berkongsi tiga keping gambar dalam persalinan baju perkahwinan beserta satu tarikh yang dianggap begitu istimewa iaitu 19 Ogos 2018.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi peminat. Ada yang menyangka ia hanya gimik sebelum pelancaran lagu baharu Daiyan dan juga peminat yang mengucapkan tahniah kepada pelakon berusia 25 tahun itu.

Bagaimanapun, menurut satu panggilan telefon yang dibuat oleh seorang penyampai radio Era iaitu Raden, Daiyan sendiri mengesahkan tarikh berkenaan adalah tarikh pernikahannya.



"Betul saya akan bernikah. Bagaimanapun, kami tidak bertunang," katanya secara ringkas.

Daiyan atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin popular menerusi filem Busker dan drama rantaian Sejuta Rasa Buat Adelia.



Post a Comment

Previous Post Next Post