Dahi koyak, anak Lan Solo dikejarkan ke hospital


Anak penyanyi Lan Solo terpaksa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini selepas mengalami kecederaan pada bahagian dahi akibat terjatuh pada Isnin lalu.

Isteri Lan, Nur Sheila Hassim, dia mengetahui anaknya, Muhammad Akid Qassyaff, 4, selepas mendapat panggilan telefon daripada ibunya.

Katanya, kejadian tersebut berlaku sewaktu dia bersama Lan atau nama sebenarnya, Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33, sedang membuat lintas langsung di stesen radio Suria FM.

“Pada awalnya, saya fikir hanya perkara biasa, Tetapi selepas mendapat kiriman telefon bertalu-talu, saya mudah mengesyaki ada sesuatu perkara yang tidak kena.

“Selepas dimaklumkan, kami bergegas pulang ke rumah dan mendapati Akid sedang menangis. Tanpa berlengah kami segera membawanya ke PPUM dan syukur kecederaannya tidak terlalu teruk dan kesan luka tersebut hanya digam,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! tadi.

Mengulas lanjut, Sheila memberitahu, kejadian tersebut merupakan kecederaan kedua yang dialami oleh anak ketiganya selepas pernah menerima tujuh jahitan sebelum ini.

“Disebabkan dia seorang anak lelaki, jadi tidak dinafikan Akid sedikit lasak berbanding adik beradiknya yang lain. Kecederaan itu membuatkan saya perlu memberinya lebih perhatian,” jelas Sheila.





Selain itu, anak keempat pasangan terbabit, Nur Aman Quxandra yang menjalani pembedahan membetulkan bibir sumbing dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, bayi berusia lima bulan itu berada di bawah pemerhatian pihak doktor bagi memastikan kesan garisan pada bahagian lelangit akibat pembedahan berkenaan sembuh sepenuhnya.

“Selepas pembedahan berkenan, Quxandra perlu mendapatkan penjagaan rapi bagi memastikan garisan berkenaan tidak merekah. Sekiranya ia berlaku, susu yang diminum Quxandra kemungkinan akan memasuki bahagian hidung dan kemudian ke telinga.

“Kami berharap agar perkara sebegitu tidak berlaku dan mohon agar kalian dapat mendoakan kesihatan Quxandra agar segera pulih,” kata Shiela yang juga pengurus Lan Solo.

Selain memiliki dua cahaya mata, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009 itu turut memiliki dua orang anak iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, dan Nur Amna Qeesyara, 5.

Post a Comment

Previous Post Next Post