Awi Rafael Dah puas buat lagu cinta


Penyanyi dan penggubah lagu kelahiran Singapura, Awi Rafael, mengakui sudah puas menghasilkan lagu mengisahkan percintaan sesama manusia dan kini fokus pada konsep ketuhanan dan keislaman.

Walaupun menyedari lagu bertemakan cinta mampu menarik lebih ramai pendengar dan menjadikan sesebuah karya itu hits, namun Awi kini lebih selesa dengan naskhah yang sarat dengan nilai moral.

"Saya percaya, lagu berkonsepkan ketuhanan dan keislaman akan menjadi pilihan ramai. Apatah lagi sekarang ini ramai yang mencari reda Ilahi.

"Saya sudah puas untuk hasilkan lagu bertemakan cinta sesama manusia. Walaupun lagu mungkin boleh hits tetapi selepas saya diberikan kesembuhan dari ekzema teruk, saya lebih cenderung hasilkan lagu dengan nilai moral," katanya.

Pernah tampil dengan lagu Manusia Sempurna duet dengan Ayai Ilusi, Awi tidak menjangkakan lagu berkenaan mendapat sambutan hingga berjaya menggondol Kolaborasi Artis Terbaik pada Anugerah Planet 2016.





Bagaimanapun, Awi yang tidak menyimpan apa-apa harapan lagu baharunya, Ini Semua Dunia bakal mendapat kejayaan yang sama seperti lagu yang pernah dihasilkan sebelum ini.

"Sejak memulakan langkah kaki dalam bidang muzik, saya bersyukur andai setiap karya yang saya hasilkan itu diterima baik oleh pendengar.

“Bukan pencapaian yang saya kejar. Saya berkarya kerana saya suka dan minat mendalam dalam bidang muzik. Saya tidak pernah berharap lagu baharu mampu mencapai kejayaan sama seperti karya yang saya hasilkan sebelum ini,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post