
Wajah Penyanyi Terkenal, Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain kelihatan sedih selepas sah bercerai dengan bekas suaminya, Armin Zaharin selepas Armin melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Syariah Shah Alam hari ini. Turut menemaninya, ialah adiknya Anuar Zain.
“Sudah lama saya maafkan... Saya tidak berdendam dengannya ,” kata penyanyi popular, Ziana Zain ketika diminta mengulas rumahtangga yang dibina bersama Armin, berakhir
Menurutnya, dia bersyukur tindakan Armin melafazkan cerai di mahkamah hari ini.
“Alhamdulillah syukur dipermudahkan semuanya,” katanya.
Terdahulu, Ziana dilihat mengesat airmatanya selepas selesai prosiding mahkamah manakala Armin Zaharin Ahmad sebak melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nizar Mohtar.
Platun Madah Berhelah itu berharap agar urusannya bersama bekas suami dipermudahkan meskipun terlerai ikatan antara mereka.
“Saya sendiri tak tahu nak cakap apa atau menafsirkan air mata saya namun Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik,” katanya.