Zarina Zainuddin kongsi kisah 25 tahun hidup bermadu


Pelakon Zarina Zainuddin tampil mendedahkan dia bahagia menjalani hidup bermadu sebagai isteri kedua sejak 25 tahun lalu.

Pun begitu, Zarina, 48, akur rumah tangga yang dibina selepas tiga bulan itu hanyalah atas dasar simpati.

"13 julai 1993 tarikh keramat saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki dan menjadi isteri keduanya.

"Saat ini saya tahu sekeping hati wanita lain hancur berderai, walaupun perkahwinan saya atas izinnya tapi dia terluka disaat saya baru mengejar bahagia.

"Perkahwinan dalam usia saya 22 tahun, saat itu saya cuma katakan padanya saya takde sesiapa kakak, hidup saya macam lalang ditiup angin kekiri kekiri lah saya, ditiup angin kekanan kekananlah saya, kalau kakak izinkan saya kawin.

"Allhamdulilah dengan izinnya kawinlah saya nun jauh di seberang sana.

"Selepas 3 bulan kawin suami saya berkata pada saya. Abang kawin dengan ina sebab abang kesian saja, kakaklah segala-galanya dalam hidup abang lepas kawin baru abang sedar abang lebih perlukan dia.

"Kalau ina nak cinta cinta ni tak ada, kalau sabar adalah nanti. Kawinlah saya tampa cinta dan saya masih ingat lagi kata suami saya abang tak nak isteri yang abang keluar ikut depan dia keluar ikut pintu belakang.

"Kalau nak jadi seorang wanita harus belajar bersabar dan sabar dan sabar. Terima kasih abang sabar itu separuh dari iman," coret ibu empat anak itu.





Dalam perkongsian itu, Zarina berharap kisahnya dapat menjadi contoh kepada mereka yang hidup bermadu.

"Semuga ini semua menjadi pedoman dan pengajaran untuk semua..anda boleh dapat cinta tapi anda tidak akan dapat mengusai cinta..cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja yang lain berserahlah padanya," tulisnya lagi.

Hasil perkongsian hidup Zarina dan suami, mereka dikurniakan anak kembar istimewa, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22, Muhammad Naim Azrai, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12.

Post a Comment

Previous Post Next Post