Zarina Zainuddin dedah jadi isteri kedua kerana simpati suami


Zarina Zainuddin bersama suami dan anak-anak mereka.

Tanggal 13 Julai lalu, genap 25 tahun usia perkahwinan Zarina Zainuddin dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar sebagai isteri kedua.

Zarina berkata, selepas tiga bulan berkahwin suaminya memberitahu perkahwinan itu dibina atas dasar simpati dan suaminya lebih mementingkan isteri pertama.

"Selepas tiga bulan berkahwin, suami saya berkata pada saya; abang kahwin dengan Ina (panggilan Zarina) sebab abang kesian sahaja, kakaklah segala-galanya dalam hidup abang. Lepas kahwin baru abang sedar abang lebih perlukan dia," tulisnya di Instagram.

Tambah Zarina lagi, Raihan memberitahu tiada cinta dalam dirinya terhadap Zarina namun dia memintanya bersabar.

Bagaimanapun pada akhirnya pesanan itu membuahkan hasil dan mereka masih bersama sebagai suami-isteri.


Perkongsian Zarina di Instagram bersempena ulangtahun perkahwinannya yang ke-25.

"Saya masih ingat lagi kata suami saya, 'abang tak nak isteri keluar ikut depan, dia keluar ikut pintu belakang. Kalau nak jadi seorang wanita harus belajar bersabar dan bersabar.

"Terima kasih abang... Sabar itu separuh daripada iman," katanya.

Dalam pada itu, Zarina berkata, perkongsiannya itu diharap dapat menjadi pedoman dan pengajaran untuk semua dalam memahami erti sebenar cinta.

"Anda boleh dapat cinta tetapi anda tidak akan dapat menguasai cinta. Cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja untuk berserah," ujarnya lagi.

Hasil perkahwinan dengan Raihan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22 , Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.






Zarina Zainuddin.

Bagaimanapun anak kembarnya itu ialah kanak-kanak istimewa autism.

Mengimbau perkahwinannya dengan Raihan, Zarina berkata, walaupun madunya, Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor memberikan keizinan untuk suami bermadu namun ketika itu dia sedar hati seorang wanita lain hancur berderai.

"Walaupun perkahwinan saya atas izinnya tapi dia terluka di saat saya baru mengejar bahagia.

"Perkahwinan dalam usia saya 22 tahun, saat itu saya cuma katakan padanya saya tiada sesiapa kakak, hidup saya macam lalang ditiup angin ke kiri... ke kirilah saya ditiup angin, ke kanan ke kananlah saya.

"Allhamdulilah dengan izinnya... Kawinlah saya nun jauh di seberang sana," jelasnya yang kini bahagia bermadu.

2 Comments

  1. Halo, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya maka hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau penggunaan kakitangan. Kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui Whats app +919205646839
    mohanmendcompany01@gmail.com

    BORANG PERMOHONAN PENCEGAHAN PINJAMAN
      ******************************
    1) Nama Penuh:
      2) Jantina:
      3) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
      4) Tempoh Pinjaman:
      5) Negara:
      6) Alamat Rumah:
      7) Nombor Mudah Alih:
      8) Nombor Faks:
      9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
      11) Tarikh Gaji:
      12) Tujuan pinjaman:
      13) Di mana anda mendapat iklan pinjaman kami:
    mohanmendcompany01@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kepada Encik Anderson Carl kerana membantu dengan keuntungan saya dan membolehkan pengeluaran kelima saya. Saya di sini untuk berkongsi peluang mengubah hidup yang menakjubkan dengan anda. ia dipanggil pilihan perdagangan Bitcoin / Forex. ia adalah perniagaan yang sangat menguntungkan yang boleh menjana pendapatan anda sebanyak $2,570 dalam seminggu daripada pelaburan awal hanya $200. Saya adalah bukti hidup peluang perniagaan yang hebat ini. Jika sesiapa berminat untuk berdagang dengan bitcoin atau mana-mana mata wang kripto dan mahukan perdagangan yang berjaya tanpa kalah, beritahu Encik Anderson Carl sekarang di Whatsapp: +1(252)285-2093 E-mel: andersoncarlassettrade@gmail.com

    ReplyDelete
Previous Post Next Post