Zahirah MacWilson ganti Izreen Azminda?


Awal Mac lalu, jenama produk kecantikan, Meeracle, mengumumkan pihaknya tidak menyambung kontrak Izreen Azminda sebagai duta selepas tamat pada 15 Februari yang lalu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan menerusi surat yang bertarikh 1 Mac 2018 yang menyatakan keputusan itu diambil pihak pengurusan atas sebab-sebab tertentu.

Bagaimanapun terbaharu, pihak media sudah menerima jemputan pengumuman duta terbaharu Meeracle.

Difahamkan, aktres yang kini semakin hangat di pasaran, Zahirah MacWilson, 23, akan menggantikan tempat Izreen selaku duta produk berkenaan.

Pengumuman rasmi akan dibuat pada Khamis ini.





Post a Comment

Previous Post Next Post