Intan Liyana Kalau dia diam, aku pun diam


Tindakan Intan Liana Saleh, bekas isteri pemuzik bebas, Ude Wahid, yang memuat naik foto lama yang merakamkan kenangan bekas suaminya itu dengan anak-anak mereka di laman Instagram miliknya semalam, ternyata telah mengundang perhatian netizen.

Liana bagaimanapun merasa kesal apabila ada segelintir netizen yang salah faham dan mempersoalkan tindakannya itu.

"Suka hati nak letak gambar throwback ke apa... apa masalah sis? Aku nak letak gambar kenangan aku bersalin suami dulu teman pun boleh la. Gambar kahwin aku pun boleh... Apa masalahnya?" luah Intan.

Jiak selama ini, Intan banyak berdiam diri, kali dia bersuara untuk mempertahankan tindakannya itu yang dianggap bukan satu kesalahan.

"TB (throwback) je pun, bukan tibai laki orang, Sah-sah bapa anak-anak aku juga. Sorry terkasar bahasa sikit," tegasnya.

Ramai netizen yang menyokong tindakan Intan yang akhirnya berani bersuara menjawab kata-kata negatif yang dilemparkan padanya.

"Konon cakap selama ini aku tak berani bersuara, Aku diam sebab banyak makan budi kau. Excuse meee!! Nak aku bersuara ke?? " katanya melepaskan geram.

Liyana dalam kemas kini terbaharu di Insta Storynya hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya yang seolah-olah ditujukan kepada individu tertentu meskipun tidak menyebut nama.





“Baru baca komen-komen. Hehehe.. belah sana diam? Ermm diam ke? Kalau dia diam, aku pun diam. Tapi rasanya dia tak pernah nak diam.

“So, semalam memang aku hangin. Sebab baca apa yang dia cakap pasal aku. Sekian,” tulisnya.

Intan dan Ude, bercerai dengan talak satu pada 22 Mac lalu selepas berita perkahwinan bekas suaminya dengan pelakon Izreen Azminda terbongkar.

Pasangan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1 tahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post