Video bergaduh dengan bekas suami, Balkisyh Semundur buat penjelasan


Nama pelakon Balkisyh Semundur Khan, 31, tiba-tiba hangat diperkatakan beberapa hari lalu gara-gara video pergaduhannya dengan bekas suami, menjadi tular.

Video tersebut menyaksikan rakaman pelakon yang terkenal dengan watak Atol dalam drama Mak Cun ini menendang seorang lelaki yang dipercayai bekas suaminya selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Rata-rata netizen yang menyaksikan video itu menyifatkan ia tidak patut berlaku apatah lagi apabila ia disaksikan oleh anak-anak mereka.

Balkisyh menerusi laman Instagram miliknya meluahkan kekesalannya apabila video tersebut sengaja dirakam dan disebarkan untuk memburukkan dirinya.

“Viral video. Kenapa tak post video rakaman daripada awal dan keseluruhannya? Rasanya semua boleh nampak yang budak tu (anak perempuan) langsung tak pandang, dia tak nak dipegang. Macam orang dalam ketakutan. Kelam kabut nak masuk dalam kereta.

“Kenapa tak rakam sebelum tu? Masa budak tu lari menjerit-jerit terus ke kereta. Itu adalah video (yang tersebar) selepas budak tu turun balik daripada sekolah lepas saya suruh ambil beg sekolah dia dalam kelas.

Malah ibu kepada dua anak ini juga mempertahankan tindakannya itu dan mengakui ia demi keselamatan anak-anak yang berada bersamanya ketika itu.





“Saya bertindak sebab merasakan anak-anak dan diri saya terancam kerana dia datang membawa kawan sambil merakam video dan menganggu semasa anak masih waktu sekolah.

“Kalau dah budak tu lari menjerit-jerit ketakutan dan ganggu budak tu masa belum tamat waktu sekolah, apa yang korang rasa dan buat,” soalnya.

Tambah Balkisyh, selain insiden rakaman video, bekas suaminya itu juga turut mengaibkan dirinya di media sosial.

“Agaknya dia puas hati kot bila orang semua rasa kasihankan dia dan menyalahkan saya. Kalau dalam mahkamah pun dia boleh rakam, kau rasa? Tak tahu ke adab dan protokol bila dalam mahkamah?

“Dengan tujuan nak jatuhkan dan mengaibkan saya. Kalaulah dia seorang yang baik hati, kenapa perlu nak buat macam ni? Rasa bangga agaknya..” luahnya panjang kesal.

Menurut Balkisyh, dia bukanlah seorang yang suka bercerita tentang kehidupannya. Malah akuinya, dia tidak pernah cuba memburukkan lelaki tersebut walaupun boleh bertindak sedemikian kerana mempunyai pelbagai bukti.

“Selama ni apa jer yang dia buat kepada kami, cuba korang kat tempat saya. Saya jamin korang akan terjun bangunan. Saya seorang perempuan dan ibu, semua orang nak seorang ketua keluarga yang boleh jaga dan bimbing keluarganya. Bukan sebaliknya..

“Kalaulah saya nak post dan burukkan dia, dah lama dah. Banyak bukti mesej-mesej dan dokumen apa yang dia dulu buat kat saya. Apa yang jadi antara saya dengan dia, biar Allah jer yang tahu.

Balkisyh mendirikan rumah tangga dengan bekas suami pada tahun 2006 dan bercerai baru-baru ini. Mereka mempunyai dua orang cahaya mata, Nur Qalesya, 9, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 4.

Post a Comment

Previous Post Next Post