Tiada lagi kelibat Izwar Azir Saleh di Buletin Utama


Selepas 16 tahun bersama TV3, pembaca berita, Izwan Azir Saleh mengejutkan ramai pihak apabila membuat keputusan untuk meninggalkan stesen penyiaran tersebut.

Menerusi Buletin Utama pada Isnin lalu, Izwan telah mengumumkan tentang berita pengundurannya secara rasmi pada penghujung siaran berkenaan.

“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kepimpinan Media Prima dan TV3, keluarga dan sahabat untuk semua memori indah selama saya bekerja di sini.

“Saya juga ingin memohon maaf jika ada tindakan, kata-kata atau riak wajah saya yang kurang menyenangkan penonton sewaktu saya menjalankan tugas.

“Kepada rakyat Malaysia, terima kasih kerana terus menjadikan Buletin Utama sebagai berita pilihan nombor satu setiap malam dan semoga kekal menjadi yang terbaik dalam arena penyiaran tempatan,” ujarnya sebagai kata-kata akhir buat penonton secara live.

Dalam pada itu, Izwan menerusi laman Instagramnya turut menjelaskan, pengundurannya sebagai pembaca berita di TV3 adalah kerana mahu meneroka dunia yang lebih luas.

Malah, dia yang memulakan pekhidmatannya di stesen tersebut semenjak tahun 2002, meluahkan rasa puas hatinya di atas segala ilmu dan pengalaman sepanjang berkhidmat di TV3.





“Yang bermula, pasti akan berakhir. Setelah 16 tahun, malam ini saya menutup kemas perjalanan panjang di TV3 untuk menerokai dunia yang luas di luar sana. Sri Pentas yang saya sudah anggap sebagai ‘rumah kedua’ kini saya tinggalkan dengan 1001 kenangan penuh suka duka.

“Saya tidak membawa apapun dari sana kecuali rasa puas hati kerana telah berpeluang merasai setiap sudut dalam dunia penyiaran selama tempoh itu. Saya bawa pulang hubungan persaudaraan dan persahabatan dengan semua warga TV3, Media Prima dan itu akan kekal untuk selama-lamanya.

“Terima kasih kepada anda yang telah menonton saya sejak 2002. Terlalu banyak nama jika saya harus mengucapkan penghargaan satu persatu tetapi tanpa sokongan semua, siapalah saya. Saya percaya apabila kita menutup satu pintu dengan baik, ALLAH akan buka seribu lagi pintu buat kita.

“Terima kasih Malaysia, saya Izwan Azir Saleh, sehingga di lain ketika, Assalamualaikum dan Selamat Malam,” tulis Izwan di laman Instagram miliknya, semalam.

Post a Comment

Previous Post Next Post