Sufian Suhaimi Biarlah beratus versi, saya ok saja


Penyanyi popular, Sufian Suhaimi menepis dakwaan pelbagai versi lagu Di Matamu dimuat naik ramai artis lain di laman YouTube akan ‘membunuh’ keaslian lagu berkenaan.

Menurut Sufian, dia percaya lagu ‘cover version’ Di Matamu yang dinyanyikan semula artis lain di YouTube sebagai sebahagian dari mempromosikan lagu itu kepada peminat.

“Saya sangat bersyukur kerana lagu Di Matamu kini sudah mencecah sebanyak 32 juta tontonan di YouTube sejak dilancarkan tiga bulan lalu.

“Saya tidak kisah pun sudah beratus artis or individu yang menyanyikan semula lagu Di Matamu mengikut versi mereka.

“Saya juga melihat setiap artis ada sisi berbeza ketika menyampaikan cerita atau maksud lagu itu kepada peminat.

“Contohnya, penyanyi Nur Fathia yang turut menukar lirik lagu Di Matamu ketika menyanyikan semula lagu itu mengikut kesesuaiannya,” katanya.





Ditanya sama ada dia berasa tekanan untuk menghasilkan single baru selepas kejayaan Di Matamu, Sufian turut mengakuinya.

“Saya memang berdepan dengan tekanan untuk menghasilkan single yang lebih baik dari Di Matamu.

“Namun, ia bukan alasan untuk saya tidak menghasilkan karya yang lebih baik dan jujur untuk peminat setia.

“Setakat ini, saya sudah ada material untuk lagu baru dan ia masih belum diputuskan dan dalam perbincangan lagi,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post