Ammar Nak menyanyi, ada band sendiri


Penyampai radio dan pelakon, Azizul Ammar Abu Hassan, 30, atau Ammar menyimpan hasrat untuk bergelar penyanyi pula selepas meneroka bidang lakonan dan pengacaraan, sebelum ini.

"Saya merancang nak tubuhkan band muzik seperti kumpulan Hujan atau Bunkface.

"Dengan muzik, saya nak jadi lain dari yang lain dan sukakan genre ska, raggae dan rock," katanya.

Penyampai radio Hotfm ini akui pemilihan objektif muzik yang akan diketengahkan mesti mempunyai peranan penting dalam dirinya seperti kekeluargaan dan kehidupan.

Tambahan pula, Ammar berpendapat golongan muda lebih mudah untuk didekati melalui muzik.





Dia memberi contoh ketika menonton persembahan beberapa pemuzik tempatan, golongan muda dari pelbagai latar belakang boleh berkumpul untuk menikmati muzik.

"Pernah juga saya ditegur beberapa pemuda yang tidak dikenali mengajak saya sertai kelompok mereka melayan persembahan Kugiran Masdo yang sedang berlangsung ketika itu," katanya.

Pun begitu, Ammar akui belum berpeluang untuk mencari ahli kumpulan muzik sendiri buat masa ini kerana terikat dengan kerjaya penyampai radio dan pengacaraan.

Post a Comment

Previous Post Next Post