Siti Sairah bersanding bertiga 28 Julai


Pertengahan Februari lalu, penyanyi berusia 34 tahun ini telah selamat bergelar isteri buat kali kedua.

Adik kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini memilih pengurusnya, Mohd Sharidan Johari.

Memandangkan jadual sebelum ini padat dengan pelbagai urusan, belum sempat untuk mengadakan majlis persandingan belah lelaki, Siti Sairah kini sudah hamil empat bulan.

"28 Julai depan majlis persandingan belah lelaki di Muar, Johor. Persiapan sederhana sahaja, mengharapkan cuaca yang baik.

"Saya teruja juga sebenarnya sebab bukan sahaja majlis nak menyambut menantu tetapi sekali dengan menyambut cucu," katanya ketawa.





Diajukan mengenai jantina anak, bagaimanapun masih belum diketahui lagi.

"Berdebar juga nak tahu tapi tak nampak lagi. Insya-ALLAH sebulan dua lagi dapat tahulah jantina anak," katanya ringkas.

Sairah juga memberitahu ini adalah kali pertama dia mengalami fasa alahan yang teruk selepas tiga kali mengandung.

"Sejujurnya ini adalah kali yang pertama saya mengalami alahan sepanjang mengandung. Saya rasa pening dan mabuk masa trimester pertama. Alhamdulillah sekarang dah okay.

"Kalau tak sebelum ini saya tak boleh nak bangun dan cium bau," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post