Siti Nurhaliza sekat peminat biadap di Instagram


Siti Nurhaliza bersama suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa melayani anak mereka, Siti Aafiyah Khalid di meja makan ketika menghadiri Majlis Pelancaran Kosmetik SimplySiti Gold Edition bersama para penyokong setianya di Menara KL di sini hari ini.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menyekat pengguna Instagram yang melemparkan komen berbaur negatif kepadanya.

Siti, 39, berkata, komen negatif yang ditulis pada sesebuah hantaran gambar jelas menggambarkan niat sebenar individu tersebut.

“Sejujurnya, saya tidak kisah jika menerima respons atau kritikan. Tetapi, saya agak kurang senang apabila kritikan yang ditinggalkan berbaur negatif.

“Justeru, saya tidak teragak-agak untuk menyekat mereka daripada terus melihat akaun saya,” katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran SimplySiti Gold Edition di Menara Kuala Lumpur sebentar tadi.

Siti mengulas mengenai video anaknya, Siti Aafiyah yang kini berusia empat bulan mandi di spa kanak-kanak baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, ada netizen mengkritik tindakan Siti yang membenarkan anaknya berenang menggunakan pelampung pada bahagian leher.





Dalam pada itu, penyanyi lagu Segalanya itu turut mendapat nasihat daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa supaya tidak kerap memuat naik gambar Aafiyah.

“Suami juga sering menasihatkan supaya tidak kerap memuat naik gambar Aafiyah.

“Dia khuatir rutin tersebut akan membuatkan orang mengata,” ujarnya.



Post a Comment

Previous Post Next Post