Shuk Balas Nak bernafas pun susah


Pelawak Shuk (Balas) mengambil keputusan untuk diet selepas berasakan berat badannya semakin meningkat.

Malah Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 31, mengakui turut mengalami kesukaran bernafas.

"Dah enam hari diet dengan mendisiplinkan diri minum air kosong sebanyak 4 liter sehari.

"Saya mula sedar selepas raya baru-baru ini, berat badan saya sudah 102 kilogram dan waktu itu saya rasa malas sangat sampaikan nak bernafas pun susah.

"Sejak hari itu saya terus diet demi kesihatan saya. Alhamdulillah sudah seminggu saya tak makan nasi dan sekarang berat saya sudah 95 kilogram.

"Selain faktor kesihatan yang mendorong saya untuk kurangkan berat badan adalah melihat Abam (Bocey) berjaya turunkan berat badan," katanya.





Shuk ditemui ketika majlis pelancaran program baharu NTV7, sebagai hos rancangan I Can See Your Voice versi Bahasa Malaysia bermula 4 Ogos, pukul 8:30 malam, setiap hari Sabtu.

Selain Shuk, ICSYV menampilkan Alvin Chong sebagai hos bersama manakala Jihan Muse, Mark Adam, dan Seelan Paul sebagai penyiasat tetap.

Post a Comment

Previous Post Next Post