Norish Karman kesal lambat bertudung


Pelakon Norish Karman yang kini telah berhijab tampil berkongsi pengalamannya berhijrah dan kekal Istiqamah sekali gus menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya di laman Instagram miliknya.

Menurutnya, dia mula mengenakan tudung pada 23 Februari lalu dan mengakui lambat berhijab meskipun bapanya seorang tegas dan bab pendidikan agama. Malah pelakon ini turut berkongsi bagaimana bapanya begitu tegas mendidik mereka adik-beradik dengan ilmu agama.

“Bapak Ustaz Karman lama dah latih kami adik-beradik segala asas malah setinggi-tingi pendidikan agama. Semua adik-beradik dah berhijab, hanya saya layan duniawi.

“Semua sahabat-sahabat dan anak-anak tahu saya sangat strict bab solat dan agama related. Dari kecil takkan keluar tanpa solat Dhuha dan Yaasin. Malah anak-anak tak boleh tidur sebelum solat sunat dan Al Mulk/Waqiah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Norish juga mengakui menyesal kerana tidak bertudung lebih awal sebelum ini dan agak lambat untuk berbuat demikian.

“Hanya hijab yang mempamerkan kejahilan saya. Saya berhijab pada 23 Februari, hadiah untuk bapa yang lama menunggu tanpa sedikit amarah pun.

“Menyesal amat sangat tak berhijab lama dulu. Pada semua anak-anak perempuan, berhijablah demi bapa kita, demi Allah kerana seksaaan terhadap bapa kita dan diri kita sangat perit,” tulisnya lagi.





Menurut Norish, sebagai ibu tunggal, dia juga cuba mendidik anak-anaknya dengan ilmu agama secukupnya. Malah turut menjadikan cara didikan bapanya sebelum ini sebagai panduan.

“Ermm i think im more stern n strict to my children as a single mum d world constantly eyein for my mistakes in raising my kidz almaklum rumah takde father figure jadi orang-orang selalunya bertanggapan bahawa anak-anak yang bercerai ibu bapa, pasti mempunyai akhlak yang tidak baik, gagal dalam pelajaran dan banyak lagi tanggapan negatif yang kini saya tangkis dengan segala usaha mendidik anak-anak dengan sepenuh hati dan didikan agama yang saya dahulukan.

“Sampai saya hilang segalanya. Career, hilang kawan-kawan duniawi, hilang harta dunia hanya kerana saya berkorban demi masa, jiwa raga untuk tumbesaran anak-anak senantiasa dalam pengawasan saya.

“My One & biggest regret ?? Lambat berHijab. Something i shuld have done long ago,” luahnya beserta tanda pagar #hidayahituindah #cintaBapa.

Post a Comment

Previous Post Next Post