Paru-paru anak berair, Rebecca Nur Al Islam mohon doa


PELAKON, Datin Rebecca, menerusi Instagram @ahmetreaggan memberitahu anak keempatnya itu menghidap penyakit paru-paru berair sehari selepas dia dilahirkan.

Oleh itu, pelakon berusia 32 tahun ini berharap agar orang ramai dapat mendoakan supaya Ahmet Reaggan cepat sembuh.

"X-ray hari pertama selepas saya dilahirkan. Doktor cakap kat papa, dalam paru-paru saya ada air sikit, DOA kan ya," coret Becca.

Bayi pasangan yang selamat dilahirkan pada 18 Julai lalu kini sudah pulang ke rumah bersama ibunya.


Menerusi tanda pagar Becca memaklumkan kesihatan anaknya beransur sembuh "Insya-Allah tak ada apa-apa, semput sikit je.

"Assalammualaikum welcome home my new SonShines @ahmetreaggan Alhamdulillah syukur di atas rezeki Mu yang indah ini Ya Allah.

"Thank you for all your wishes and prayers. For now, no visitors for baby because @ahmetreaggan want to be more healthier and he don’t want to see his mummy crying and worried anymore.

"Baru balik bagi @ahmetreaggan relax dulu k. As advice by doctor thank you all, lots of love from mummy and @ahmetreaggan," tulis Becca.





Post a Comment

Previous Post Next Post