Niena Baharun Belum sedia kongsi jantina anak


Pelakon Niena Baharun belum bersedia berkongsi jantina cahaya mata sulungnya apabila dijadual bersalin, November depan.

Niena berkata, dia beranggapan masih terlalu awal untuk berkongsi kepada umum mengenai perkara terbabit.

“Alhamdulillah, saya dan suami sudah tahu jantina bayi, tapi biarlah dulu. Lagipun, masih terlalu awal untuk dikongsi.

“Tunggulah, apabila tiba masanya nanti. Alhamdulillah, usia kandungan sudah memasuki lima bulan,” katanya.





Menurut pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu, dia bersyukur tidak mengalami sebarang alahan teruk, namun mengakui mudah letih.

“Alhamdulillah, setakat ini saya tidak alami sebarang alahan teruk atau muntah. Semuanya dipermudahkan.

“Cuma, buat masa sekarang saya rasa sering mahu balik Kelantan dan menikmati makanan di sana,” katanya.

Niena dan suaminya, Aliff Firdaus Abdul Hadi diijabkabulkan di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan, awal Februari lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post