Gara-gara memuatnaik sekeping foto di Instagram Story (IG Story), pelakon Ahmad Ezzrin Loy dikecam oleh netizen.
Rata-rata netizen menyifatkan pelakon yang juga merupakan adik kepada pelakon terkenal iaitu, Elfira Loy ini seorang yang suka menunjuk-nunjuk.
Foto dimuatnaik pelakon drama bersiri Qalesya ini menggayakan pakaian jenama seperti Louis Vuitton, Gucci, H&M, Puma Big Sean dan banyak lagi.
"Seriuslah Ezzrin Loy mentioned brand outfit dia from top to toe? Up kat story. Perform kau," komen salah seorang netizen.
"Itu betul-betul Ezzrin Loy ke yang taip-taip brand tu? Show Off namateyyy (nak mati). Benci orang yang suka show off ni," komen salah seorang pengguna IG.
"Apa motif dia label satu-satu brand yang dia pakai?" komen netizen.
Biarpun Ezrrin dibanjiri dengan kecaman netizen di ruang komennya, aktor meningkat dewasa ini tetap tidak mempedulikan komen-komen negatif tersebut.