Kisah Viva ke Mercedez & solat 5 waktu Saharul Ridzwan


Saharul akui dirinya masih belum berjaya.

Pelakon Saharul Ridzwan menyifatkan kehidupan selesa yang dimiliki hari ini bukan bererti dia sudah menjadi seorang insan sempurna.

Saharul, 29, berkata, kejayaan seseorang individu tidak dinilai dengan nilai harta sebaliknya amalan dan ibadah untuk dihisab akhirat kelak.

"Aku belum berjaya, solatku belum sempurna lima waktu, bacaan Al-Quran aku masih salah, yakinku pada rezeki dari Allah belum sepenuhnya, tabahnya aku dalam setiap dugaan Allah masih lemah, untuk katakan tidak pada perkara yang salah.

"Aku belum berjaya. Nilai kejayaan bukan dinilai dari harta benda. Semuanya akan ditarik yang tinggal hanya amalanku," tulisnya di Instaram.

Tambah pelakon Hati Perempuan ini, sebagai lelaki dia bukan sahaja mahu memperbaiki dirinya malah mahu memimpin keluarganya syurga.


Saharul cerita kisah bermula dalam industri lakonan.

Kata Saharul lagi, dia juga memerlukan seorang guru yang dapat memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam mencapai matlamatnya itu.

"Itulah kejayaan sebenar untuk aku dan tugasku memimpin keluargaku bersama-samaku, aku perlukan guru kerana untuk ke syurga, usahaku perlu lebih, lebih dari semuanya yang aku usahakan," ujarnya.

Dalam pada itu, Saharul turut menceritakan perjalanan kehidupannya yang bermula dengan hanya menaiki kereta jenis Perodua Viva hingga kini menggunakan jenama Mercedes Benz.

Katanya, ia adalah hasil kerja kerasnya sebagai seorang pelakon yang pada awalnya disangkakan sebagai sebuah kejayaan.

"Viva ini aku beli gunakan duit pinjaman Mara untuk bayar deposit, tapi aku graduasi dengan 3.71, tak perlu bayar apa-apa. Berjayakah aku?

"Dan sekarang, aku berdiri di hadapan sebuah kereta yang penuh dengan nilai sentimental, merenung betapa susahnya mendaki sebuah kejayaan.






Saharul mahu bimbing keluarganya ke syurga.

"Mandi di petronas, kereta rosak tengah jalan, kemalangan dan macam-macam lagi. Sehinggalah aku mampu untuk pakai kereta Merc di belakangku," ujarnya.

Saharul juga berkata, dia juga sudah mencapai satu tahap dalam bidang lakonan dan merangkul bebrapa anugerah di DFKL 21016 di bawah tunjuk ajar Sheila Rusli dan suaminya Jinggo.

Bagaimanapun, perkara itu tidak disifatkan sebuah kejayaan yang sebenar dalam sebuah kehidupan seorang manusia.

"Aku pernah ditampar diset, tapi aku tak ambik hati langsung, aku tahu guru aku sedang mengajar aku atas kesilapanku. Masa tengah shooting Kau Aku Kita aku cakap dekat sis “Sis, saya nak award, saya nak orang nampak hasil kerja saya.

"Kami sapu semuanya dalam DFKL2016. Terima kasih Sis dan abg Jinggo. Terima kasih, tapi berjayakah aku?" tulisnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post