Haida Hafiz Kalau ada peluang mengapa tidak


Bekas peserta program Gegar Vaganza musim keempat iaitu Haida Hafiz tidak menolak akan meneruskan karier sebagai pelakon selepas muncul dalam telefilem pertamanya Tergantung Sepi pada Aidilfitri lalu.

Haida, 37, berkata, sebagai persediaan dia ingin mengambil kelas lakonan daripada guru berpengalaman kerana merasakan menjadi seorang pelakon bukan perkara mudah.

"Jujurnya saya tabik dengan pelakon-pelakon yang ada kerana selepas merasai sendiri pengalaman berlakon ia ternyata bukan perkara mudah!

"Bukannya boleh main 'terjun' sahaja kena ada ilmu dan asas lakonan dan sebab itu jika ada peluang ditawarkan berlakon pada masa hadapan saya mahu masuk kelas.






Haida Hafiz.

"Pengalaman pertama membuatkan saya tersedar yang berlakon bukan senang dan perlu ada ilmu terutamanya dalam menzahirkan emosi kepada penonton," katanya.

Tambah Haida, walaupun tiada pengalaman berlakon namun dia bersyukur kerana krew produksi dan barisan pelakon lain banyak membantunya di set penggambaran.

Dalam pada itu, Haida berkata, penglibatannya dalam bidang lakonan bukan bererti dia melupakan karier nyanyian sebaliknya ia adalah keutamaannya.

"Saya suka menyanyi kerana itu adalah jiwa saya... Berlakon pula sebagai pilihan kedua dan sekiranya ada peluang mengapa tidak saya cuba," ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post