Kekasih terima lamaran Randy Pangalila


Tahniah diucapkan kepada pelakon dan model popular iaitu Randy Pangalila kerana bakal mengakhiri zaman solonya.

Khabar bahagia itu telah dikongsi oleh pelakon drama Gantung the series menerusi akaun miliknya, @randpunk, semalam.

Menerusi dua keping foto yang dimuat naik oleh aktor berusia 28 tahun ini melihatkan kekasihnya yang dikenali @cfrank3030 itu menunjukkan cincin tersemat di jari manis tangan kanannya.

Jelas terpancar di wajah kedua-dua pasangan itu ceria dan bahagia dalam meniti waktu ke jenjang pelamin.

Rata-rata di ruang komen Randy juga ramai antara kenalan artis yang mengucapkan tahniah dan doa semoga segalanya dipermudahkan, dilancarkan segala urusan dan dipercepatkan majlis perkahwinan mereka berdua.

"Today is the most beautiful day in my life, July 4th 2018, I Love You @cfrank3030," tulisnya dengan tanda pagar she said yes.

Jangan lupa like facebook dan follow twitter kami di bawah

twitter.com/buletinmalaysia
facebook.com/MyBuletinMalaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post