Haqiem Rusli disahkan alami ‘moderate depression’


Sebagaimana yang dijanjikan menerusi sidang media tergempar yang diadakan Khamis lalu, penyanyi Haqiem Rusli, 20, telahpun berjumpa dengan pakar psikiatri di sebuah pusat perubatan swasta pada Jumaat.

Haqiem yang ditemani pengurusnya ketika menjalani sesi tersebut memberitahu, doktor telah mengesahkan dia mengalami ‘moderate depression’.

Bagaimanapun difahamkan keadaan kesihatan Haqiem adalah stabil dan kemurungan yang dialaminya tidak kritikal.

“Doktor memberitahu kemurungan peringkat itu masih boleh diubati. Buat masa ini, dia perlu bergantung kepada ubat serta beberapa sesi kaunseling bermula minggu depan,” kata wakil syarikat rakamannya, FMC sebagaimana yang dilaporkan sebuah akhbar.

Memahami situasi yang dialami penyanyi yang kini tampil dengan single terbaharunya, Selamat Tinggal Sayang itu, pihak syarikat rakaman telah memberikan waktu kepada Haqiem untuk berehat dalam tempoh terdekat.





Bagaimanapun, terpulang kepada penyanyi tersebut sama ada mahu terus menerima tawaran persembahan seperti biasa mahupun sebaliknya.

Haqiem sebelum ini telah menyuarakan hasratnya untuk bersara dari dunia nyanyian kerana mendakwa mengalami depresi.

Namun perancangan tersebut ditarik balik selepas Aidilfitri lalu menyebabkan ramai mengecam dan berpendapat dia melakukan gimik murahan untuk mempromosikan single terbaharunya, Selamat Tinggal sayang.

Post a Comment

Previous Post Next Post