Fiza Frizzy hamil 5 bulan, suami alami alahan


Pengacara, Fiza Frizzy yang kini hamil lima bulan memberitahu dia tidak mengalami sebarang alahan sejak trimester pertama.

Bagaimanapun, menurut pengacara program CJ Wow Shop ini, suaminya yang merupakan pemain bola sepak Kuantan FA pula seperti wanita hamil.

"Dari saya hamil usia kandungan tiga bulan sampai sekarang suami saya yang berdepan dengan situasi seperti wanita hamil.

"Kadang-kadang dia tak boleh tidur malam sebab lapar katanya. Dalam sekitar jam dua atau tiga pagi dia akan masak maggie ataupun nasi goreng.

"Bukan itu sahaja, ada masanya dia akan rasa pening kepala sewaktu menjalani latihan bola sepak," ujar Fiza.





Fiza ditemui ketika majlis pelancaran program Fara Fauzana dan Faizal Ismail (FBI), Dbilique, bertempat di Passion3 Research, Petaling Jaya, Rabu lalu.

Ditanya mengenai jantina anak, Fiza memberitahu dia belum dapat tahu lagi biarpun sudah menjalani imbasan kehamilan.

"Dah buat imbasan tapi masih tak tahu lagi," katanya sedia menerima cahaya mata pertama sama ada anak lelaki ataupun perempuan.

Dalam perkembangan kerjaya, pemilik nama sebenar, Nur Hafizah Md Saad, selain mengendalikan program CJ Wow Shop, dia juga sibuk dengan bidang pengacaraan majlis korporat.

Fiza, 30 dan suami, Fazli Zulkifli, 36, selamat diijabkabulkan pada 18 Februari lalu di Putrajaya.

Post a Comment

Previous Post Next Post