Syafiq Kyle, Amyra Rosli dikekalkan dalam Nur 2


Syafiq Kyle, Amyra Rosli yang membintangi drama Nur

Drama Nur lakonan Syafiq Kyle, Amyra Rosli yang mendapat sambutan hangat diperkatakan pada bulan Ramadan lalu bakal disambung sekuel keduanya tidak lama lagi.

Berita gembira bagi peminat drama Melayu ini disahkan sendiri pengarahnya, Shahrulezad Mohammed yang membuat pengumuman di akaun Instagramnya.

"Untuk para peminat drama Nur, secara rasmi abam ingin mengumumkan NUR2 akan masuk set tak lama lagi.

Yeay! Sebarang tajaan yang berminat untuk menyertai drama kami ni sila emel pegawai kami Shahril di admin@gerobokselebriti.com," tulisnya.

Shahrulezad turut tag nama-nama pelakon dan krew yang terlibat di dalam Nur sebelum ini seperti @aamyrarosli @syafiqkylez @khiriah17 @azhan_rani @jalaludinhassan @fatimahabukar @therajaatiqullah @rienadiana_ @elmymoin_ @mathnirazak7 @kunamuzani dan ramai lagi.





Jika mengikut senarai ini, dua pelakon utamanya Syafiq dan Amyra dikekalkan.

Menerusi laporan sebuah akhbar pula, Shahrulezad berkata dia menyambung drama ini kerana mendapat sokongan daripada stesen televisyen dan permintaan tinggi penonton.

Nur disiarkan melalui slot Samarinda di TV3 pada 14 Mei lalu. Drama rantaian ini menarik perhatian kerana kelainan jalan ceritanya.

Ia memaparkan kisah Adam lakonan Syafiq, iaitu anak kepada penceramah selebriti terkenal, Datuk Ayah Haji Mukhsin (Datuk Jalaluddin Hassan).

Adam yang mahu menggantikan tempat ayahnya sebagai pendakwah, berkenalan dengan seorang wanita, iaitu Nur lakonan Amyra, yang akhirnya diketahui pelacur yang mahu mendekati agama.

Post a Comment

Previous Post Next Post