![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgverxpTv0C-8ihCHLG6UZOW-1a7BDsSp2gjJeIj8SD-8ku7EWtgRJR5c65yVq3iU4Lk9KcSRMWoEQo99ajf2Fr7yvHOOPft3wKSYdtYOjmzB1sOzBD64JdMMaBN1Ro5Zp7D4J6pKI8tnw/s1600/Ellie+Suriaty.jpg)
Pelakon Ellie Suriaty Omar, 48, mengakui tidak menerima sebarang bayaran berikutan tindakannya memberikan sokongan terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini tempoh hari.
Ellie berkata, dia berbuat demikian kerana mahu menunjukkan rasa sokongan dengan memperjuangkan keadilan tanpa mengharapkan sebarang balasan.
“Kami tidak dibayar, jangan sesiapa tuduh saya ambil duit, makan dedak atau sebagainya. Saya bukan orang yang boleh dibeli.
“Apa yang berlaku di mahkamah bukan pakatan atau rancangan. Semua yang ada di sana melahirkan perasaan yang sama,” kata Ellie menerusi rakaman video berdurasi 17 minit yang dimuat naik di laman Facebook baru-baru ini.
Ellie berkata, dia mula menyokong Najib yang juga bekas presiden UMNO itu selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.