Amal tak ganti Radhi OAG


Keputusan band OAG mengambil bekas peserta Akademi Fantasia 2016 (AF2016) iaitu Amal sebagai anggota baru bukan bertujuan menggantikan Radhi sebagai vokalis utamanya.

Menurut pemain dramnya, Qi Razali, mereka melihat potensi besar Amal untuk menyuntik jiwa muda dalam hala tuju muzik band itu selain penyanyi berkenaan mudah mengikut rentak OAG.

“Kemasukannya dalam OAG bukan untuk menggantikan Radhi sebagai vokalis sebaliknya kami memang mahukan dia menjadi anggota kami.

“Dia akan mengisi posisi pemain gitar dan vokal kedua di samping Radhi. Bagaimanapun, akan ada juga lagu yang memerlukan khidmatnya menjadi vokalis.

“Terus-terang, mulanya agak kaku juga ada anggota baru. Namun dia nampaknya senang mengikut rentak OAG dan banyak idea bernasnya boleh diguna pakai untuk memantapkan band ini,” katanya.

Qi juga memaklumkan OAG kini cuma bergerak cuma berempat iaitu dirinya sendiri, Radhi, Amal, dan juga Nazrin atau Yin.





“Keputusan dibuat selepas mengambil kira komitmen daripada setiap anggota. Tahun ini, OAG bakal berhabisan untuk kerjaya muzik dan banyak perancangan perlu dilaksanakan.

“Antaranya adalah melancarkan EP yang memuatkan tujuh lagu tidak lama lagi selain mengadakan showcase di seluruh Malaysia.

“Oleh itu, komitmen setiap anggota memang kena tinggi namun akan ada penampilan anggota terdahulu juga pada beberapa showcase kami,” katanya.

OAG yang meledak sekitar tahun 1990-an cukup terkenal dengan anggotanya silih berganti.

Band itu asalnya dianggotai Radhi, Qi, Ayie (gitar), Ivan (gitar utama) dan Lam (gitar bass).

Post a Comment

Previous Post Next Post