Wani Kayrie tiga tahun kumpul duit untuk balik kampung


Setelah sekian lama tidak pulang beraya ke kampung halaman, tentu perasaan teruja dan tidak sabar itu menggunung tinggi berbanding mereka yang selalu pulang berhari raya.

Begitulah perasaan penyanyi yang sedang meningkat naik, Wani Kayrie, 19, selepas tiga tahun tidak balik ke kampung yang terletak di Sandakan, Sabah.

Menurut Wani, dalam jangka masa itu dia bekerja keras untuk memenuhi permintaan ibunya.

“Alhamdulillah akhirnya tahun ini dapat tunaikan permintaan ibu saya untuk balik ke kampung selepas tiga tahun mencari rezeki bagi menampung kos penerbangan. Boleh tahan tebal juga rasa rindu ini.

“Memandangkan cuti kali ini agak lama, hari pertama raya satu keluarga belah mak akan berkumpul lebih daripada 100 orang termasuk cucu cicit nenek saya,” ujarnya teruja.





Menggamit kenangan raya yang terpahat dalam hati, remaja berbangsa suku kaum Orang Sungai ini turut bercerita cara mereka memeriahkan suasana hari raya di kampung halamannya.

“Hari itu juga kami sekeluarga akan naik trak besar yang tak berbumbung. Beraya ke rumah-rumah jiran dengan hanya menaiki trak tersebut, memang seronok.

“Suasana meriah ini hanya dapat dirasai di sekitar pedalaman Sabah dan Sarawak sahaja. Selain itu juga, menjadi satu kebiasaan pada malam raya kami sekeluarga akan tidur berhimpit-himpit di ruang tamu,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post