Suami perlu jaga anak jika Yana Samsudin berlakon


Yana Samsudin bersama suaminya Fadzil dan anak mereka.

Pelakon dan pengacara Yana Samsudin memberitahu dia akan meminta keizinan suaminya Fadzil Zahari terlebih dahulu jika menerima tawaran sesebuah drama.

Yana, 34, berkata, ia berikutan komitmen yang tinggi dalam penggambaran itu memerlukan dia meminta suaminya untuk memberi perhatian terhadap keluarga dan perniagaan mereka.

"Saya masih berlakon tapi tidak seperti dahulu, saya baru sahaja selesai penggambaran telefilem berjudul Lamaran Perfect yang bakal disiarkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Sebelum terima tawaran ini saya minta izin dari suami dahulu sama ada dia membenarkan atau tidak kerana jika saya ambil tawaran itu saya perlu masa dua minggu untuk fokus.

"Dalam masa penggambaran saya tidak mahu diganggu dan Fadzil yang akan bertanggungjawab untuk uruskan anak dan perniagaan," ujarnya.


Yana Samsudin

Pemilik nama sebenar Norliana Samsudin mengakui berat untuk dia menerima tawaran berlakon seperti dahulu selepas mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata.

Yana berkahwin dengan adik kepada Farid Kamil itu pada 13 Februari 2015.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Aisy Mateen yang kini berusia dua tahun.





Dalam pada itu, pelakon Adnan Sempit ini berkata, dia lebih selesa menerima tawaran sebagai pengacara.

Dia yang kini pengacara The Wow Shop bagi tahun kedua mengakui ia lebih fleksible dengan masanya sebagai wanita berkeluarga.

"Saya pengacara tetap untuk The Wow Shop di TV3 dan TV9 bagi tahun kedua. Ia hanya bersiaran dua kali seminggu sahaja," ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post