Sedar diri, Haqiem Rusli minta maaf


Di kala namanya sedang meningkat naik, kredibiliti pelatun yang terkenal dengan lagu Tergantung Sepi sedikit tercalar ekoran didakwa mempunyai sikap yang kurang elok.

Ini lantaran sikapnya yang dikatakan perasan bagus dan suka bercakap lepas tanpa menghiraukan perasaan orang lain.

Mengulas dakwaan tersebut, Haqiem Rusli mengakui sudah sedar akan kesilapan yang dilakukan dan memohon maaf pada mana-mana pihak yang terada dengan tindakannya sebelum ini.

"Bagi saya setiap manusia itu pasti ada buat silap. Artis juga manusia dan tidak terlepas membuat kesilapan.

"Tapi saya sedar diri kalau ada salah silap saya akan minta maaf terus. Sebab saya bukan sempurna dan akan buat silap.






"Tambah pula saya masih remaja. Jadi, kalau ada saya terguris perasaan sesiapa, saya minta maaf," ujarnya kepada Sinar Harian.

Remaja berusia 19 tahun ini ditemui ketika menghadiri sesi previu Program Khas Raya RTM 2018 bertempat di Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, Haqiem Rusli berkata, dia kini sibuk mempromosikan album sulung Segalanya yang menghimpunkan tujuh buah lagu dan tiga daripadanya lagu baru.

Selain itu, dia juga dalam perancangan untuk mengeluarkan single terbaharu selepas hari raya Aidilfitri nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post