Ramlah Ram Jangan panggil saya artis veteran


Figura yang popular menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu iaitu Ramlah Ram berkata, dia lebih selesa dipanggil artis otai berbanding dengan panggilan artis veteran.

"Saya tak rasa diri ini tergolong dalam kalangan artis veteran kerana saya tak suka perkataan itu.

"Secara peribadi, pandangan saya veteran itu macam lama sangat dan sudah tidak menyanyi lagi.

"Jadi saya lebih senang kalau dipanggil artis otai," katanya.





Penyanyi Sesaat Kau Datang menjelaskan hal itu kerana terbabit dengan rakaman semula lagu-lagu raya klasik yang menghimpunkan golongon artis veteran antaranya seperti Datuk Yusni Hamid dan Sanisah Huri serta ramai lagi menerusi album Nada Seni Gema Lebaran Legenda 2018.

Menerusi album itu, Ramlah Ram menyanyikan dua buah lagu solo dan duet bersama pemenang Vokal Terbaik AJL32.

Post a Comment

Previous Post Next Post