Rozita Che Wan kembali aktif mengguna twitter


Pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta mengumumkan kembali aktif sebagai pengguna Twitter, hari ini selepas lebih lima bulan menyepi diri daripada laman sosial itu.

Menggunakan nama @rozitachewan1, pelakon itu mengingatkan pengikutnya agar lebih berhati-hati apabila menggunakan laman sosial itu untuk bercerita mengenainya.

“Hi. Ini ‘official Twitter account’ (akaun Twitter rasmi) Rozita Che Wan. Hati-hati ‘hampa’ semua yang dok ‘tweet’ pasal kami,” tulisnya sebagai pembuka bicara.

Dia turut berkongsi beberapa nasihat kepada pengikut baru mengenai pendiriannya berkongsi kehidupannya di laman sosial.

“Hidup ini bukan semua untuk dipamer buat tatapan umum. Ada yang perlu disimpan rapi cukup buat tatapan dan kenangan peribadi.

“Jangan sampai terlalu taksub dan hadap mahukan perhatian seluruh semesta hingga mengabaikan maruah seseorang,” tulisnya.





Katanya lagi, begitulah juga dalam rancak bermain media sosial, jangan semua dilihat sewenang-wenangnya boleh ditayangkan demi meraih keghairahan ramai.

Adakala terlupa, sisi peribadi itu juga perlu ditutup demi menjaga aib atau khilaf manusia.

Dia turut mengajak semua pengikut beristiqomah dan bijak menggunakan media sosial.

“Jangan sampai semua itu yang mengawal diri dan kehidupan kita. Walahualam,” tulisnya lagi diakhiri ucapan terima kasih kepada mereka yang mengikuti laman sosialnya itu.

Setakat hari ini, pengikut laman sosial itu mencecah 235 pengikut.

Follow Twitter @BuletinMalaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post