Azrel Ismail Dapat tawaran model seluar dalam


Pelakon Azrel Ismail mendedahkan dirinya pernah dilamar menjadi model seluar dalam bagi sebuah jenama dari luar negara.

Kata Azrel, tawaran yang menjanjikan bayaran lumayan itu terpaksa ditolak kerana perlu menjaga aib, maruah keluarga serta kelangsungan kerjaya seninya.

"Saya pernah ditawarkan menjadi model seluar dalam untuk pasaran luar negara tahun lalu. Saya diberitahu perlu memakai seluar dalam bagi tujuan sesi fotografi tanpa menampakkan wajah saya.

"Walaupun bayaran yang dijanjikan tinggi tetapi saya perlu menjaga sensitiviti ini. Tambahan pula, saya bimbang sekiranya wajah saya dieksploitasi untuk tujuan tertentu.

"Saya bukanlah lelaki alim, tetapi masih ada asas agama untuk memikirkan baik buruk sesuatu tindakan itu," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Bikin Filem, baru-baru ini,


Ditanya sekiranya dia diminta untuk tidak berbaju bagi menjayakan sebuah watak, pelakon yang kini membintangi drama Cik Sempurna di TV3 itu mengaku bukan satu masalah besar asalkan tidak keterlaluan.

"Setakat ini, belum pernah lagi menerima tawaran yang memerlukan saya membuka baju bagi menampakkan tubuh badan.

"Bagaimanapun sekiranya ada tawaran itu datang, saya okey saja, tapi watak itu perlulah bersesuaian dengan situasi dan watak yang ditawarkan," katanya.





Post a Comment

Previous Post Next Post