Nadiyah Shahab dikritik pakai seksi


Pada pandangan Diva, ada sesuatu yang menarik untuk dinantikan setiap kali kedatangan bulan Ramadan daripada golongan selebriti. Mana tidaknya, pada bulan inilah ramai yang Diva perhatikan mengambil pendekatan untuk mengubah cara mereka khususnya dalam berpakaian.

Maka, atas sebab itu jugalah kita lihat ada golongan artis yang mengambil peluang untuk mengenakan hijab pada bulan yang mulia ini. Contohnya seperti penyanyi Siti Sarah yang kerap tampil manis dengan imej bertudungnya sejak akhir-akhir ini.

Lain pula ceritanya dengan pelakon Nadiyah Shahab yang memuat naik sebuah video di laman sosialnya yang dianggap seperti tidak menghormati bulan Ramadan dalam kalangan netizen. Berjela-jela jugalah komen netizen yang menegur pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu itu berkongsi dirinya dengan berpakaian yang menampakkan bahagian dadanya itu. Mana tidaknya, Nadiyah mengenakan pakaian berbentuk seperti tube sahaja.



Ada yang mendakwa video berpakaian seperti itu tidak sepatutnya dimuat naik, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan. Diva perasan ada yang memberi komen agar Nadiyah mengenakan pakaian yang lebih sopan sedikit dan bukannya terdedah sana sini.

Bagaimanapun, Diva dengar Nadiyah mempunyai alasannya tersendiri. Katanya, video dia berpakaian sebegitu sudah dirakam sebelum bulan puasa lagi, cuma baru dimuat naik baru-baru ini. Sungguhpun begitu, ada yang tidak boleh terima alasan Nadiyah.





Post a Comment

Previous Post Next Post