Mila Jirin maafkan pemfitnah restorannya


Penyanyi yang juga ahli perniagaan, Mila Jirin memberitahu dia telah memafkan pemilik akaun Instagram yang memfitnahnya.

Menurut selebriti berusia 31 tahun ini, individu terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun Instagram sebuah akhbar, tidak lama selepas Mila memintanya berbuat demikian.

"Alhamdulillah, pada malam yang sama saudari tersebut dah minfa maaf secara terbuka di Instagram sama dia meninggalkan komen mengenai perniagaan.

"Saya juga manusia biasa dan memaafkan saudari tersebut atas keterlanjuran penulisannya di media sosial," katanya kepada Sinar Harian.

Mila atau nama sebenarnya Norsyamilla Jirin sebelum ini menggesa seorang pengguna media sosial memohon maaf secara terbuka selepas memfitnah perniagaannya, Bizmilla di ruangan komen Instagram sebuah akhbar berbahasa Melayu.

Bahkan Mila berkata, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.

Mila turut memuat naik foto komen individu itu yang mengatakan makanan yang disediakan Bizmilla Catering tidak sedap disebabkan menggunakan khidmat tukang masak dari Indonesia.

Jelas Mila, saudari berkenaan cuba menulis sesuatu yang tidak benar mengenai syarikatnya di laman sosial secara terbuka dan menyebarkan fitnah.

Justeru dia cuma menegur kerana kenyataan yang dibuat oleh saudari berkenaan adalah fitnah dan mintanya betulkan semula kenyataan serta membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Alhamdulillah saudari berkenaan sedar atas kesilapan menabur fitnah dan mereka reka cerita dengan alasan "tiada apa apa niat" apabila menulis di laman sosial terbabit," katanya.

Mila berkata, apa yang diharapkan daripada peristiwa ini adalah orang lain mengambil ikhtibar sama dan tidak sewenang-wenangnya menulis apa yang mereka mahu di media sosial.





"Harapan saya satu sahaja, pesanan untuk diri saya juga, di dalam dunia ini kita sering merasakan kitalah yang terbaik dalam segala aspek dan kita sering nampak kekurangan orang lain dan mula memberi komen-komen yang pelbagai kepada orang lain secara terbuka tanpa berfikir panjang tentang implikasi yang bakal diterima.

"Media sosial memang terbuka untuk sesiapa sahaja memberikan komen peribadi mereka, tetapi perlu diingatkan negara kita punya undang-undang terutama apabila seseorang cuba mencemari sesuatu brand, produk atau nama seseorang tindakan undang-undang boleh diambil ketas mereka.

"Saya rasa pendedahan tentang hal ini tidak sangat diketengahkan kepada anak-anak muda yang aktif dilaman sosial. Jika kita lihat cara mereka komen di laman laman sosial sangat sangat menyedihkan terutama bahasa yang digunakan tidak melambangkan kita sebagai anak timur.

"Mereka yang aktif komen di media sosial ini seakan akan tidak lagi menghormati manusia lain terkadang tokoh-tokoh hebat juga diberi dengan bahasa bahasa kesat.

" Itu bukan kita orang timur. Semua orang ada hak untuk bahaskan dan tulis apa jua pandangan mereka, tetapi gunalah bahasa yang melambangkan jati diri mereka. Bukanlah dengan caci cacian kepada orang tersebut," ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post