Lufya Omar ajar anak bertudung


Baru-Baru ini tular beberapa keping gambar anak kepada pelakon, Lufya, 33, bertudung di media sosial.

Memetik laporan portal hiburan berlainan, Lufya atau Lutfya Sheikh Omar, berkata, dia hanya memakaikan tudung kepada puteri itu hanya beberapa minit sahaja.

"Saya tahu ramai yang mengambil berat apabila saya gemar memuat naik gambar anak di laman sosial.

"Saya cuma mahu berkongsi perkembangan tumbesarannya, tidak sangka pula ramai yang memberikan perhatian.

“Daripada memuat naik gambar sendiri, lebih baik saya berkongsi pertumbuhan anak. Dapat juga saya berkongsi ilmu dan belajar sesuatu yang baharu daripada pengikut. Saya hargai setiap pandangan dan tidak perlu melatah,” jelasnya.






Bayi yang comel ini diberi nama Laana Haura dilahirkan pada 11 November tahun lalu di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara.

Dalam perkembangan lain, Lufya kini dalam usaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal sebelum kembali berlakon semula.

"Sudah lebih setahun saya berehat sejak hamil, seterusnya melahirkan anak. Melihat anak yang sudah semakin besar, tiba masa untuk saya kembali aktif.

“Ketika ini, saya berusaha menjaga pemakanan dan bersenam untuk mendapatkan berat badan ideal. Ia perlu untuk disesuaikan dengan penampilan di skrin televisyen," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post