Fara Hezel harap kahwin dua tahun lagi


Penyanyi yang sedang meningkat naik, Fara Hezel, 22, memberitahu yang dia mahu menamatkan zaman solonya dua tahun lagi. Dengan siapa? Fara tidak meletakkan syarat yang terlalu tinggi namun harapannya semoga bukan dengan kalangan artis.

"Soal jodoh ini saya bukan hendak menolak jika ditakdirkan dengan kalangan artis tetapi sebolehnya biarlah bakal suami nanti luar dari bidang ini.

"Bila kedua-duanya artis nanti susah pula nak ada masa bersama sebab masing-masing sibuk dengan kerja.

"Kalau boleh target umur nak kahwin pada usia 24 tahun. Bagi saya mungkin itulah masa yang sesuai untuk memikirkan masa depan dan pikul tanggungjawab baharu," ujarnya.





Fara yang juga merupakan kakak kepada penyanyi popular iaitu Aiman Tino sebelum ini difahamkan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, Erry Putra.

Pun begitu, hubungan yang terjalin sejak enam bulan lalu dikatakan sudah putus di tengah jalan dek kerana tentangan keluarga.

Justeru, mengenai status terkini antara penyanyi lagu Ku Pasrah dan pelakon itu, Fara berkata mereka tidak lebih hanya sebagai kawan sahaja.

"Kami hanya berkawan," ujarnya ringkas.

Post a Comment

Previous Post Next Post