Istimewa buat peminat, Syafiq Kyle edarkan 5000 kad raya


Meskipun kad raya kini tidak lagi menjadi pilihan utama apabila ramai sudah beralih kepada ucapan secara maya atau media sosial, pelakon Syafiq Kyle memilih untuk meneruskan tradisi tersebut.

Menurut teraju utama drama Nur ini, pada tahun ini dia bakal mengedarkan 5000 kad raya eksklusif untuk para peminat yang menyokong kerjaya seninya selama ini.

“Ini merupakan kali pertama saya jalankan projek kad raya sebagai satu simbol penghargaan kepada semua peminat.

“Awalnya saya rasa penyediaan kad raya ini agak melecehkan, bagaimanapun sangkaan itu meleset apabila ia sebenarnya sangat menyeronokkan,” kata Syafiq yang mahu mengembalikan tradisi lama sempena Aidilfitri nanti.






Kad raya istimewa ini menampilkan rekaan berbentuk karikatur wajah Syafiq, beserta pantun yang bertemakan hari raya.

Malah ia juga akan disertakan dengan ucapan dan tandatangan daripada Syafiq sendiri buat para peminatnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post