Fikry Ibrahim tidak hina wanita


Pelawak dan pelakon, Fikry Ibrahim menyangkal dakwaan netizen mengatakan dia seolah-olah menghina kaum wanita apabila enggan memuat naik foto wanita tidak bertudung di platform laman sosialnya.

Fikry dihubungi hari ini berkata, dia tidak pernah berniat untuk memperlekehkan sebaliknya menghargai dan sedar kedudukan kaum hawa yang mulia di sisi islam.

"Saya memilih untuk mengaburkan bahagian rambut seorang pelakon baru-baru ini adalah atas pilihan saya sendiri. Saya tidak berniat menghina atau membenci kaum hawa yang tidak berhijab sebaliknya ini adalah satu bentuk dakwah.

"Bagaimanapun, ada juga video yang menampakkan rambut wanita terpaksa dimuat naik atas tuntutan kerja bagi mempromosikan drama.

“Nak atau tidak saya perlu lakukannya. Tapi kalau perkara itu boleh dielakkan saya lagi okey," katanya.





Menurut Fikry, dia bersyukur kerana sepanjang membabitkan diri dalam dunia lakonan syarikat produksi memahami pendiriannya yang berhati-hati melakonkan watak bersama wanita.

"Alhamdulillah semua pengarah yang pernah saya bekerjasama dapat menerima dan faham apa yang saya selesa dan tidak untuk melakonkan sesuatu babak dengan pelakon wanita.

"Setakat ini, saya belum menerima rungutan. Saya terbuka untuk meneroka perkara baru asalkan setiap babak dilakonkan tidak keterlaluan.

"Bagi saya, pengarah sekarang handal dalam bermain dengan teknik kamera bagi memastikan setiap adegan diinginkan sampai ke jiwa penonton," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post