Fara Hazel jawab isu mak cik & Erry Putra


Satu hal yang sentiasa disematkan dalam hati, biarlah orang mahu katakan apa sahaja asalkan dia tahu siapa dan di mana asal-usul dirinya.

Dilabel sebagai artis yang tidak bijak dalam bab bergaya dan sering berimej kekampungan, penyanyi bernama unik Fara Hazel selalu kelihatan salah dalam aspek yang satu ini.

Sayang sekali kerana usianya masih muda dan dia juga memiliki paras rupa yang menawan. Namun apabila sering menjadi mangsa fesyen, adakalanya Fara yang berusia 22 tahun boleh kelihatan seperti seorang makcik yang jauh lebih berusia.

Menariknya, empunya diri cukup sedar bahawa dirinya sering diejek dan dilabel dengan pandangan sedemikian rupa terutama sekali di kalangan netizen.

Namun entah kenapa tiada sebarang tindakan atau usaha diambil oleh Fara yang kelihatan terlalu selesa dengan imej sebegitu.

“Bukan tiada usaha, tetapi jujurnya saya ni jenis yang tak pandai menggayakan imej yang sarat atau terlalu ‘over’. Bagi saya, apa yang selesa dipakai, itulah yang akan saya sarungkan di tubuh.

“Begitu juga dengan perihal solekan. Ya, saya tahu ramai yang mengkritik cara saya berpakaian tetapi nak buat macam mana kalau itu yang membuatkan saya selesa,”katanya .





Menjentik akal fikirannya sebagai seorang artis, dia perlu menitik beratkan soal imej walaupun ringkas, Fara sedar selepas ini sesuatu perlu dilakukan demi memperbaiki dirinya.

Malah, kata penyanyi yang popular dengan lagu Setiaku Pasti dan Ku Pasrah ini sebenarnya sudah ramai di kalangan orang industri termasuk teman media yang mencadangkan perkara yang serupa.

“Saya akui adakalanya silap sendiri yang tak tahu dan tak pandai bergaya sampai kelihatan berimej orang tua. Kadangkala bila ada baju tajaan, saya tak pandai bersikap memilih dan akan menerima sahaja apa yang disediakan.

“Ada yang mencadangkan agar saya berimej ke arah K-Pop, sebab nampak muda dan segar. Apa pun, selepas ini mungkin saya kena lebih selektif, barangkali sudah tiba masanya untuk buat pembaharuan,”katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post