Aiman Hakim Ridza Belum temui pengganti Nur Fathia


Pelakon Aiman Hakim Ridza, 29, mengakui masih belum bertemu pengganti selepas hubungan cintanya dengan pelakon jelita Nur Fathia Latiff, 31, berakhir tiga tahun lalu.

Menurut pelakon dikenali menerusi drama Diandra, Isteri Separuh Masa dan Girlfriend Dari Neraka ini, masih belum terdetik dihatinya untuk mencari teman wanita selepas putus dengan bekas kekasihnya itu.

"Hidup saya okay saja sekarang. Saya tidak kecewa pun dengan apa yang berlaku cuma malas nak fikir soal cinta ketika ini.

"Saya dan Fathia masih berkawan tetapi hubungan kami sekadar teman biasa saja.

"Kami masih berhubung cuma masing-masing sibuk dengan komitmen kerja," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai isu dan kontroversi yang dikaitkan dengan Fathia ketika ini, Aiman memilih tidak mahu masuk campur mengenainya.





"Saya ada dengar beberapa isu dikaitkan dengannya tetapi tidak mahu ambil tahu kerana tiada kaitan.

"Gosip perkara yang negatif. Saya mahu menerapkan nilai positif dalam diri serta fokus kepada diri dan kerjaya," katanya.

Apa lebih penting, kata Aiman mahukan pembaharuan dari segi skrip demi masa depan bidang seni tanah air.

"Terus terang, saya banyak menolak tawaran berlakon ketika ini kerana rata-rata skrip drama dihasilkan sama saja, tidak berkualiti dan banyak 'sampah'.

“Setiap kali mendapat bayaran, saya berasa serba salah kerana tiada kepuasan dalam lakonan,”€ katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post