Tolong doakan Xandra sihat Isteri Lan Solo


Isteri kepada penyanyi Lan Kristal, Nur Sheila, memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan anak keempatnya, Nur Amna Quxandra, 3 bulan, yang bakal menjalani pembedahan pada 31 Mei depan.

Pembedahan yang akan dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) itu adalah untuk merawat sumbing yang dialami anak bongsu pasangan ini yang dilahirkan pada 24 Februari lalu.

Sheila yang turut memuat naik sekeping gambar bayi yang telah melalui pembedahan tersebut di laman Instagramnya, mengakui sudah cukup bersedia untuk berdepan saat-saat penting itu.

“Ini bukan Xandra, tapi inilah prosedur yang bakal Xandra lalui. Sebab itu dari Xandra lahir sampai sekarang, saya sedang dan masih belajar untuk cekalkan hati menghadapi hari-hari bersama Xandra.

“Untuk diri saya sendiri, insya-ALLAH… rasanya saya dah cukup bersedia dan saya mengharap doa dari semua untuk sama-sama bantu saya dan anak-anak cleft lain dipermudahkan segala urusan pembedahan dan dapat sembuh dengan segera.





“Untuk info, Xandra akan menjalani pembedahan pada 31 Mei 2018 di PPUM, dengan syarat Xandra perlu sihat sepenuhnya. Kalau tidak, pembedahan akan ditunda. Jadi, tolong doakan ye..” tulisnya pada kapsyen.

Selain Xandra, Lan dan Sheila yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2009 ini mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.

Post a Comment

Previous Post Next Post