Raja Ilya mengamuk


Apa yang Diva tahu, pelakon drama Cinta Ibadah itu berkongsi mengenai foto pesawat dengan perkataan tertera MH17 dan MH370. Dia meminta supaya kerajaan Malaysia dapat meneruskan pencarian penumpang MH370.

Namun begitu, seorang netizen telah melayangkan komen, untuk apa mencari besi buruk tersebut. Berang dengan komen tersebut Raja Ilya dikatakan membalas komen tersebut.

Antara kata-kata yang ditulis pelakon cantik itu termasuklah mengatakan individu tersebut kurang ajar dan mahu menumbuk mukanya jika berjumpa.

Boleh tahan juga ya Raja Ilya apabila marah. Jadi, kepada netizen yang suka komen bukan-bukan itu bersedialah dengan komen balas artis. Bukan apa, Diva lihat artis kini tidak lagi berdiam diri jika menerima komen negatif.

Ada juga artis yang beberapa kali melayangkan komen balas jika netizen masih berterusan menghentam mereka. Pada Diva, bagus juga tindakan artis supaya diri mereka tidak lagi diperkotak-katikkan.





Post a Comment

Previous Post Next Post