Raja Afiq 6 bulan tak ada job kerana fitnah


Pelakon, Raja Afiq pernah terpalit dengan kontroversi buruk pada tahun lalu berhubung isu kononnya menghamilkan seorang wanita.

Namun Raja Afiq telah menafikan dakwaan tersebut dan anggap itu sebagai fitnah terhadap dirinya.

Berikutan itu, aktor popular menerusi drama 'Sayangku Kapten Mukhriz' ini berharap agar tiada lagi fitnah yang dilemparkan ke atas dirinya.

"Sampai sekarang aku masih pegang lagi kata-kata semangat yang ini.

"Aku percaya InsyaALLAH kalau kita ikhlas dan jujur dengan apa yang kita buat ALLAH pasti akan memudahkn kita untuk buat segala urusan di dunia.

"Aku percaya sekarang mungkin belum sampai rezeki aku InsyaALLAH di kemudian hari akan datang rezeki ku. Mungkin sekarang ni ALLAH bagi aku hujan dan nanti lepas hujan mesti ada pelangi kan. InsyaALLAH Amin.





"Aku harap sangat tidak ada lagi fitnah yang akan diberikan pada aku selepas ini. Semoga ALLAH memaafkan manusia yang telah memburukan aku dan menyangka buruk pada aku. Amin. #muhasabahdirisendiri," tulisnya.

Terdahulu, pelakon berusia 23 tahun ini juga pernah hilang punca pencarian selama enam bulan dan sepanjang tempoh itu Raja Afiq hanya menjual pemanis mulut untuk menampung kehidupannya.

Post a Comment

Previous Post Next Post