Aaron Aziz Saya tak sokong mana-mana parti politik


Aktor, Datuk Aaron Aziz memberitahu dia bangga apabila melihat warga Malaysia bersatu hati dalam melaksanakan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

Jelas anak kelahiran Singapura ini, asalkan PRU dijalankan mengikut perundangan dan prosedur, rakyat pasti senang hati.

"Saya tak menyokong mana-mana parti politik, ia bukan minat saya.

"Tetapi saya suka melihat cara rakyat di sini (Malaysia) kerana jika mereka mahukan sesuatu, rakyat boleh merealisasikannya.

"Harapnya mereka telah melakukan dengan cara yang betul, jangan bergaduh, biar ia dilakukan dalam bentuk undang-undang, rakyat tentu gembira," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Jakel Barulah Raya, Sabtu lalu.

Dalam perkembangan terbaru, Aaron Aziz, 42, bakal menjalani penggambaran sebuah drama 'Meet The MP' sebagai Ahli Parlimen musim kedua siaran Singapura selepas penggambaran filem 'JB PAILANG'.





Post a Comment

Previous Post Next Post