Kilafairy dikecam netizen


Tidak menghormati Ramadan. Demikian antara kecaman netizen terhadap pelakon kesayangan Diva, Kilafairy yang dikatakan masih memuat naik gambar-gambar seksi di laman Instagram miliknya sepanjang Ramadan ini.

Malah, ada juga netizen yang melontarkan komen-komen yang keterlaluan, Diva pun sampai naik segan nak tulis di sini.

Majoriti netizen juga menasihatkan pelakon itu supaya sekadar memuat naik gambar-gambar yang lebih sopan. Tidak salah mahu seksi katanya, tetapi biarlah bukan sepanjang Ramadan.

Apa yang Diva perhatikan, Kilafairy juga tidak berdiam diri apabila dilihat turut berbalas kenyataan terhadap netizen yang menuduhnya bukan-bukan.

Entahlah. Diva tidak tahu nak cakap apa sebab selama ini Kilafairy pun sememangnya sudah lali dengan kecaman demi kecaman netizen terhadap dirinya yang tidak sudah-sudah dikecam seksi sejak sekian lama.





Jadi berbanding mahu bertelagah dengan netizen yang sentiasa nak menang ketika berdebat, Diva rasa ada baiknya Kilafairy tidak melayan langsung atau tutup saja ruangan komen, habis cerita.

Apapun, Diva harap Kilafairy banyak-banyak bersabar sepanjang Ramadan ni. Mulut tempayan pun susah nak ditutup, ini kan pula mulut netizen.

Post a Comment

Previous Post Next Post